Sunday, October 09, 2005
Dimanakah Ketelusan?

Ini adalah sebahagian artikel dan luahan yang saya dapat daripada salah seorang mahasiswi UM semasa pilihanraya umum kampus. Disini kita sudah nampak tidak telusnya pihak Universiti, didalam kerajaan sendiri?Fikir-fikirkanlah...

LEBIH BAIK KALAH BERMARUAH DARI MENANG PONDAN!!

      “ Kita kalah bermaruah!!” kata-kata seorang calon umum wanita yang tidak dapat menduduki 7 calon umum tertinggi spontan keluar dari bibirnya ketika diminta memberikan respon pengumuman pilihanraya khamis malam jumaat yang lepas. Ntah kenapa, kata-kata tersebut masih terngiang-ngiang di telinga saya apatah lagi saya mendengar jelas disebutnya 3 kali ayat tersebut walaupun dengan pertanyaan yang berlainan. Ntah mengapa juga semangat dan perasaan untuk menulis artikel ini membuak-buak walaupun tidak pernah menghantar sebarang artikel sebelum ini. “ Cita-cita saya untuk menulis walau satu ayat tak tercapai lagi ” kata saya kepada seorang kawan lama yang pernah menjawat jawatan Exco Kebudayaan MPMUM sesi 2003/2004 yang saya jumpa semasa hari pengumuman keputusan pilihanraya yang lalu. Rakan berbincang hal ehwal sastera dalam negara yang banyak memberi inspirasi untuk saya untuk terus menulis dan berkarya. Mungkin kerana diri termuhasabah dek kata-kata sendiri, saya mulakan langkah.

      “ Gagasan, boleh blah!!! Sorakan dan jeritan gembira dari kumpulan yang menamakan diri mereka Aspirasi apabila secara rasminya kebanyakan calon ‘mereka’ diisytiharkan menang, sedikit pun tidak mencuit naluri dan perasaan saya. Mungkin kerana diri sudah bersedia menerima kekalahan lantaran terlalu banyaknya ketidakadilan dan kezaliman yang berlaku. Kadangkala rasa bangga pula, sebagai mahasiswa semester akhir, dapat juga melihat adik-adik tahun 1 dan 2 kebanyakannya bersemangat dan berani mempertahankan keadilan dan domokrasi mahasiswa. Diri tidak terkilan kerana ada yang bakal menyambung perjuangan. Sorakan bersemangat Student Power!!, nyanyian lagu Gagasan, lagu rasmi Universiti Malaya dan Negaraku di malam pengumuman keputusan pilihanraya jelas menampakkan kesungguhan mereka mempertahankan maruah mahasiswa yang bebas. Mereka dikejar sehingga jatuh ke dalam longkang, ada yang di’tampar’ bahunya, ada pula yang digertak, diugut lantaran menunaikan tanggungjawab mewarnai pilihanraya kampus dengan menyebarluaskan risalah ‘We Love UM’, menerangkan sejarah pilihanraya dan menyebarluaskan keadaan ahli kolej diugut oleh pihak berkuasa kolej dan HEP, hanya sekadar itu. Memang pada pandangan akal yang waras tentu sekali menolak perbuatan tidak berperikemanusiaan. Ntah undang-undang mana yang dipakai oleh mereka pun saya tidak tahu, hatta di peringkat antarabangsa pun mengiktiraf hari Hak Asasi Sedunia.

      Kalau nak dikata mereka menyebarkan fitnah, tidak juga, banyak sangat risalah dan sticker melambangkan sayang UM, kalau itulah yang ditakutkan oleh mereka, otak yang rasional ini pun tak dapat nak menerima tindakan biadap dan tidak berdiplin mereka. Yang pelik lagi ajaib, pilihanraya kali ini menampakkan ketidakmatangan dan kecelaruan yang sangat melampau. Cuba kita bayangkan, Timbalan Naib Canselor sendiri ke kolej 12 dengan selambanya membiarkan malah memberi pengumuman membenarkan sesetengah ahli kolej menyebarkan handbill yang terang-terangan berkempen calon-calon tajaan HEP walaupun telah jelas dalam buku peraturan pilihanraya dalam bab Hari Pengundian melarang berkempen dan menyebarkan sebarang risalah yang berkaitan untuk berkempen. Timbalan Naib Canselor, orang nombor dua dalam universiti sendiri melanggar undang-undang yang dicipta sendiri, apa lagi yang nak diharapkan dalam demokrasi dalam kampus??!!

      Kalau nak kata itu sahaja pelanggaran undang-undang melampau rasanya tidak cukup, nak disenaraikan tak cukup rasanya. Cuba bayangkan lagi, semasa perjumpaan bersama calon dan wakil calon selepas hari penamaan calon, dengan selambanya En Ambi selaku ketua suruhanjaya pilihanraya menyatakan bahawa disebabkan terlalu banyak calon umum yang bertanding, maka tidak dapat diadakan hari pengenalan calon. Bukan itu sahaja, semua banner dan poster perlu dibuat oleh calon yang bertanding. Pelik lagi, adakah ketua suruhanjaya pilihanraya tidak baca buku peraturan pilihanraya yang menyatakan secara jelas semua banner dan poster akan dibuat oleh pihak universiti dan malam pengenalan calon perlu diadakan? Adakah mereka boleh sewenang-wenangnya mengubah apa yang mereka rangka undang-undang hanya untuk memastikan calon tajaan mereka menang? Nampak sangat!! Mereka tak boleh menipu mahasiswa yang cerdik pandai…

      Saya dapat rasakan, walau sebanyak mana pun mahasiswa menulis, membentangkan fakta, mengeluarkan sebanyak mana pun memorandum kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi dan SUHAKAM, mengadu tentang kezaliman dan ketidakadilan serta pencabulan demokrasi kampus, selagi pihak yang berkuasa tidak mendapat hidayah untuk sedar dan tetap juga mahu mempertahankan undang-undang dan tindakan yang jelas tidak demokrasi dan menzalimi mahasiswa, selagi itulah kezaliman dan ketidakadilan akan berterusan. Tetapi hati ini juga percaya dan yakin, cahaya kebenaran pasti tidak akan dibiarkan padam, kerana Allah lebih berkuasa dan ada pula hamba-hamba-Nya yang sentiasa yakin dengan sunnah yang perlu dihadapi oleh pejuang kebenaran dan sentiasa mahu memperjuangkan kebenaran. Hakikatnya, saya akan terus berasa bertuah bergelar mahasiswa yang diberi peluang oleh Allah untuk memahami hakikat kebenaran, mendapat pengalaman yang bukan sedikit dalam menyelusuri medan menuntut ilmu sebagai mahasiswa Universiti Malaya. Kepada pejuang kebenaran aspirasi mahasiswa yang sentiasa mencintai demokrasi kampus, yakinlah, kita kalah bermaruah, dan lebih baik kalah bermaruah dari menang pondan!!

MAHASISWI SEMESTER AKHIR UNIVERSITI MALAYA


Posted at 10:50 am by amalwildan

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments







Previous Entry Home Next Entry



 

Akhukum Fillah:
= Ahmad Kamaluddin Bin Muhiddin

Tarikh Lahir:
= 18 April 1979
Hospital Daerah Batu Pahat

Menetap:
= Batu Pahat Johor

Background:
= Sekolah Kebangsaan Sungai Tongkang
= Sekolah Menengah Agama(Arab)Bugisiah Tampok
= Maahad Pontian
= Maahad Johor
= Institut Pengajian Tinggi Islam Johor (MARSAH)
= Universiti Al Azhar Mesir cawangan Kaherah

Hobi:

= Membaca
= Mengelamun
= Mengkaji
= Mengajar
= Komputer

Profession:
= Bekerja

Pengalaman:
= Wakil Johor "A" Sepak Takraw sempena PMHK anjuran
PERSEKUTUAN MELAYU REPUBLIK ARAB MESIR.
= Wakil Sukan IPT seluruh Malaysia di UIA
= X-President Institut Pengajian Tinggi Islam Johor 2002/03

Moto:
= Berusahalah Selagi Mampu



Ya ALLAH,limpahkanlah rahmat dan kesejahteraan kpd cahaya bagi cahaya dan rahsia bagi segala rahsia.Luhurnya org yg mulia anak kunci bagi pintu kesenangan.Itulah penghulu kami Nabi Muhammmad S.A.W. yg terpilih dan kpd keluarganya yg suci dan para sahabat baginda yg mulia sebanyak nikmat ALLAH dan anugerahNya.




   





 
<< October 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01
02 03 04 05 06 07 08
09 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31

Bilangan Tetamu


sahabat yang bertamu

•| Waktu Sekarang|•





Renungan

PERKARA TERBAIK 

"Tulislah perkara 
terbaik yang 
pernah kamu dengari,

Hafazlah perkara 
terbaik 
yang kamu 
tulis. 

Dan sampaikanlah 
perkara terbaik 
yang kamu hafaz" 
_______ 

Yahya AlBarmaki




Apa menarik dalam Berita Harian? ..jom baca ...

Muka Depan

Berita Nasional

Berita Dunia

Berita Sukan

Berita Ekonomi

Berita Agama

Berita Hiburan



Radio Ikim
<a href='http://cybermedia.mmu.edu.my/ext/ikimfm.asx' rel="nofollow">Play Radio IKIM.fm</a>

Radio THR
<a href='mms://203.121.64.200/thr' rel="nofollow">Play Radio IKIM.fm</a>


pesantren
my quran
pikiran rakyat
UM website
PMRAM




╪ LiNK PiLIhaN ╪












sahabat sedang online










 
Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed