Saturday, October 08, 2005
Khutbah Ramadhan Rasulullah S.A.W

SATU RENUNGAN DAN PENGHAYATAN:

KHUTBAH RAMADHAN

BAGINDA RASULULLAH S.A.W

 

Wahai manusia! Sungguhnya telah datang pada kalian bulan Allah dengan membawa berkat rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia disisi Allah. Hari-harinya adalah hari yang paling utama. Jam demi jam - jam yang paling utama. Malam–malamnya adalah malam yang paling utama.  Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakan.

 

Dibulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih, tidurmu ibadah, amal-amalmu diterima dan doa-doamu diijabkan.  Bermohonlah kepada Allah rabbmu dengan niat yang tulus, hati yang suci agar Allah membimbingnya untuk melakukan siyyam (puasa) dan membaca kitabNya.  Bersedekahlah pada kaum fuqara’ dan masakin (miskin). Muliakanlah orang tuamu, sayangilah yang muda, sambungkanlah tali persaudaraan, jaga lidahmu, tahan pandanganmu dari apa yang tidak halal kamu melihatnya. Kasihanilah anak-anak yatim, nescaya manusia akan dikasihi anak yatimmu.

 

Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosamu. Angkatlah tangan-tanganmu untuk berdoa pada waktu solatmu kerana itulah saat-saat yang paling utama ketika Allah Azza Wa Jalla memandang hamba-hambanya dengan penuh kasih.  Dia menjawab ketika mereka menyerunya, menyambut mereka ketika mereka memanggilnya dan mengabulkan doa meraka ketika mereka berdoa kepadanya.

 

Wahai manusia, sesungguhnya diri–diri kamu tergadai kerana amalan–amalanmu, maka bebaskanlah dengan istigfar. Punggung-punggungmu berat kerana beban (dosa)mu, maka ringankanlah, mperpanjangkanlah sujudmu. Ketahuilah! Allah Ta’ala bersumpah dengan segala kebesaranNya bahawa Dia tidak akan mengazab orang-orang yang syahid dan sujud, dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri di hadapan Rabb al- amin.

 

Wahai manusia! Barang siapa di antaramu menjamu orang berbuka kepada orang-orang mukmin yang berpuasa pada bulan ini, maka di sisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang budak dan dia diberi keampunan atas-atas dosa yang lalu. Sahabat-sahabat lain bertanya: “Ya Rasulullah! Tidaklah kami semua mampu berbuat demikian.” Rasulullah meneruskan katanya; Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya menjamu sebiji kurma. Jagalah dirimu dari api neraka walaupun seteguk air.”

 

Wahai manusia! Siapa yang  membaguskan akhlaknya di bulan ini ia akan berhasil melewati sirathol mustaqim pada hari ketika kaki-kaki tergelincir. Siapa yang meringankan perkerjaan orang-orang yang dimiliki tangan kanannya (pegawai atau pembantu) di dunia ini, Allah akan meringankan pemeriksaan-Nya di hari kiamat kelak.

 

Barangsiapa menahan kejelekannya di bulan ini, Allah akan menahan murka-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barangsiapa memuliakan anak yatim di bulan ini Allah akan memuliakannya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barangsiapa yang menyambungkan tali persaudaraan (silaturrahim) di bulan ini, Allah akan menghubungkan dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barangsiapa yang memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmat-Nya sewaktu berjumpa dengan-Nya. Barangsiapa yang melakukan solat fardu baginya ganjaran seperti melakukan 70 solat fardu di bulan ini. Barangsiapa yang memperbanyakkan selawat kepada-Ku di bulan ini Allah akan memberatkan timbangannya. Barangsiapa di bulan membaca 100 ayat al-Quran ganjaran-Nya sama seperti mengkhatam al-Quran di bulan yang lain.

 

Wahai manusia! Sesungguhnya pintu-pintu syurga dibuka bagimu maka minta kepadanya agar tidak pernah menutupkannya bagimu.   


Posted at 08:38 am by amalwildan

forOne/41
October 25, 2005   12:54 PM PDT
 
bro, betulke content khutbah Ramadhan ni? sebab kalau kita search kat google ke, yahoo ke.. hanya website melayu dan indon jer ada Khutbah Rmadhan ni, web English takde pun yang menulis tentang Khutbah Ramadhan nabi ni.. please comment
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments







Previous Entry Home Next Entry



 

Akhukum Fillah:
= Ahmad Kamaluddin Bin Muhiddin

Tarikh Lahir:
= 18 April 1979
Hospital Daerah Batu Pahat

Menetap:
= Batu Pahat Johor

Background:
= Sekolah Kebangsaan Sungai Tongkang
= Sekolah Menengah Agama(Arab)Bugisiah Tampok
= Maahad Pontian
= Maahad Johor
= Institut Pengajian Tinggi Islam Johor (MARSAH)
= Universiti Al Azhar Mesir cawangan Kaherah

Hobi:

= Membaca
= Mengelamun
= Mengkaji
= Mengajar
= Komputer

Profession:
= Bekerja

Pengalaman:
= Wakil Johor "A" Sepak Takraw sempena PMHK anjuran
PERSEKUTUAN MELAYU REPUBLIK ARAB MESIR.
= Wakil Sukan IPT seluruh Malaysia di UIA
= X-President Institut Pengajian Tinggi Islam Johor 2002/03

Moto:
= Berusahalah Selagi Mampu



Ya ALLAH,limpahkanlah rahmat dan kesejahteraan kpd cahaya bagi cahaya dan rahsia bagi segala rahsia.Luhurnya org yg mulia anak kunci bagi pintu kesenangan.Itulah penghulu kami Nabi Muhammmad S.A.W. yg terpilih dan kpd keluarganya yg suci dan para sahabat baginda yg mulia sebanyak nikmat ALLAH dan anugerahNya.




   





 
<< October 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01
02 03 04 05 06 07 08
09 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31

Bilangan Tetamu


sahabat yang bertamu

•| Waktu Sekarang|•





Renungan

PERKARA TERBAIK 

"Tulislah perkara 
terbaik yang 
pernah kamu dengari,

Hafazlah perkara 
terbaik 
yang kamu 
tulis. 

Dan sampaikanlah 
perkara terbaik 
yang kamu hafaz" 
_______ 

Yahya AlBarmaki




Apa menarik dalam Berita Harian? ..jom baca ...

Muka Depan

Berita Nasional

Berita Dunia

Berita Sukan

Berita Ekonomi

Berita Agama

Berita Hiburan



Radio Ikim
<a href='http://cybermedia.mmu.edu.my/ext/ikimfm.asx' rel="nofollow">Play Radio IKIM.fm</a>

Radio THR
<a href='mms://203.121.64.200/thr' rel="nofollow">Play Radio IKIM.fm</a>


pesantren
my quran
pikiran rakyat
UM website
PMRAM




╪ LiNK PiLIhaN ╪












sahabat sedang online










 
Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed